PENCEMARAN AIR
Air merupakan nadi kehidupan manusia.
Tanpa air, manusia bukan sahaja menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti
kehidupan malahan juga akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air kepada
kita.
Namun begitu, sumber air khususnya di negara
kita sering dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber air
dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih daripada itu,
sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik.
Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan
yang negatif kepada manusia. Yang pasti haiwan akuatik seperti ikan, udang,
serangga air akan pupus sedikit demi sedikit. Bukan itu sahja, tumbuhan akuatik
termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang sama.
Pencemaran air juga menyebabkab air berbau
busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan lagi, sumber air yang tercemar
tidak selamat untuk diminum. Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih
lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada
kebiasaanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan