Khamis, 4 April 2013

PENCEMARAN DAN KESANNYA TERHADAP BUMI


PENCEMARAN DAN KESANNYA TERHADAP BUMI

PENCEMARAN
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

JENIS - JENIS PENCEMARAN
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang boleh mengancam kehidupan bumi.  Antaranya adalah:

1. Pencemaran udara iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera.
  
2. Pencemaran air seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.

3. Pencemaran tanih/tanah iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

4. Pencemaran radioaktif iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 
 
5. Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.

6. Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.

7. Pencemaran terma iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.

8. Pencemaran Visual iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu 
i. Pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam
ii. Pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
 
 
1. PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau - bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

PENGKLASIFIKASIAN PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.

Pencemaran primer

Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida  hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.

Pencemaran sekunder

Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap - wap di udara.
 

Kesan

Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru - paru.  Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan. 

Tumbuhan 

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.

 Bahan

Kesan kepada bahan adalah kerosakan berlaku akibat pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Ia berlaku akibat dari pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan dari pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
 

Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

 
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 
 
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.

Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
 
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
 
KESAN PENCEMARAN AIR

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
 
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat makapenyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.
 
 http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html

KEMPEN JAM BUMI (EARTH HOUR)


KEMPEN JAM BUMI (EARTH HOUR)



Belum terlambat untuk menyatakan sokongan kepada kempen Earth Hour 2012, waima sudah masuk bulan April 2012.

Kenapa Perlu Sokong Kempen Earth Hour ?

Kempen kesedaran Earth Hour ini sudah bermula sejak tahun 2009 lagi iaitu bermula di negara Australia..Bagi yang tidak tahu, kempen ini bertujuan untuk menyedar seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin mengalami kerosakan dan kemusnahan lantaran kegiatan dan aktiviti manusia sendiri.. terbukti dengan pelbagai bencana alam yang telah melanda di seluruh dunia.

SEJARAH BERMULANYA EARTH HOUR

Pada tahun 2007, WWF Australia yang diilhamkan oleh penduduk Sydney untuk menunjukkan sokongan mereka untuk tindakan perubahan iklim dalam acara jam Bumi pertama. Ia menunjukkan bahawa semua orang, dari kanak-kanak hingga ke CEO dan ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia tempat mereka hidup. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadam lampu mereka selama satu jam untuk menyokong pendirian terhadap perubahan iklim .




Pada tahun 2008, rancangan itu adalah untuk menyebar luas Earth Hour ke seluruh Australia. Tetapi kemudian Kota Toronto, Kanada, mendaftar dan sebelum itu 35 buah negara dan hampir 400 bandar dan pekan adalah sebahagian daripada peristiwa itu. Ia berkata sesuatu yang menarik perhatian dunia bahawa cabaran iklim yang dihadapi oleh planet kita adalah begitu ketara bahawa perubahan perlu dilakukan secara global.Dengan jemputan untuk 'mematikan suis' diperluaskan kepada semua orang, Earth Hour dengan cepat menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Mac - rapat bersamaan dengan ekuinoks untuk memastikan kebanyakan bandar-bandar dalam kegelapan kerana ia melancarkan mengelilingi Bumi.



Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara memadamkan suis selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru - dalam melangkaui di sebalik jam Bumi perlu ada tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

Khamis, 28 Mac 2013

Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari


Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.

      Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.

      Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
 
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap  individu atau organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar. 

      Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari. 

      Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana  penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.
 
      Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat  mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara  dengan diselimuti  kehijauan alam sekitar.

Selasa, 26 Mac 2013

Program Kitar Semula

               
Program Kitar Semula

Definisi Kitar Semula

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.


Tahukah anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.




Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?


1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.


2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).


3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.


4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.


5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.


6) Menjana pendapatan dengan mudah.


7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.


8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.


9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.


10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.







Tahukah anda di Malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program yang berkaitan dengan kitar semula ini? Amalan kitar semula ini merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari. Semua ini menunjukkan bahawa amalan kitar semula merupakan amalan yang SANGAT BAIK !!!  Jadi marilah kita bersama-sama memulakan amalan gaya hidup ini tidak kira dimana jua kita berada. Secara tidak langsung kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita dan membantu menjana pendapatan terutamanya kepada golongan terkebawah.



Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas

- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar  
  dan sebagainya


2) Aluminium dan besi

- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam


3) Plastik

Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan   
  plastik dan sebagainya


4) Pakaian

- Pakaian-pakaian lama


5) E-waste

- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya


Barangan yang tidak boleh dikitar semula:


  1)      Tin cat

  2)      Tong sisa toksik

  3)      Sel kering

  4)      Mentol

  5)      Tingkap rumah

  6)      Aluminium foil

  7)      Bekas styrofom

  8)      Lampin pakai buang kanak-kanak

  9)      Bakas pembalut makanan

   10)     Kertas tisu



Tong Kitar Semula


    Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalahpenting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong  yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.


 

Set Tong Kitar Semula Coklat, Biru dan Jingga.


                                           
Fungsi warna biru yang terletak pada salah satu tong kitar semula ini adalah untuk menggumpul kertas, tong coklat untuk menggumpul kaca dan tong jingga untuk menggumpul tin aluminium dan plastik.   


Bahan Buangan Yang Boleh Dikitar Semula

botol plastik

tin minuman


botol kaca




surat khabar

Petikan "Pencemaran Air"


PENCEMARAN AIR

Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa air, manusia bukan sahaja menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti kehidupan malahan juga akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air kepada kita.

Namun begitu, sumber air khususnya di negara kita sering dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih daripada itu, sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik.

Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan yang negatif kepada manusia. Yang pasti haiwan akuatik seperti ikan, udang, serangga air akan pupus sedikit demi sedikit. Bukan itu sahja, tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang sama.

Pencemaran air juga menyebabkab air berbau busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan lagi, sumber air yang tercemar tidak selamat untuk diminum. Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada kebiasaanya.